Thursday, March 8, 2007

Luahan hati Seorang Guru Ganti


Saya amat baru dlm dunia pendidikan. baru 2 bulan menjadi tenaga pengajar. itupun sekadar guru ganti.saya amat setuju dengan tulisan cikgu tntg perlunya penerapan disiplin pelajar di kedua2 belah pihak -guru2 dan keluarga-.Seperti dalam kes membuat kerja sekolah. Guru di sekolah marah kerana murid tak buat kerja sekolah di rumah -nnti tak pandai, exam dapat markah rendah-. murid pula kata, ibu bapa mereka di rumah tak marahpun kalau mereka tak buat kerja sekolah, dapat markah rendah dalam peperiksaan. bila ibubapa marah anak2 tak buat kerja sekolah, anak2 kata cikgu tak marah pun dia tak buat kerja sekolah.pertentangan ini pasti mengelirukan murid. saya kira, kedua2 pihak, guru dan ibubapa perlu memainkan peranan dalam pembentukan disiplin pelajar. Dan tentunya perlu dimulakan di rumah kerana anak itu dibesarkan di rumah sejak lahir. usia 5 tahun barulah kenal guru.

1 comment:

Lembaga Surau Al-Siddiq Kg Tengah Paya Dalam said...

Inilah sebenarnya hakikat yang harus dilalui setiap insan yang bergelar guru, bersabarlah.