Thursday, March 8, 2007

Luahan hati Seorang Guru Ganti


Saya amat baru dlm dunia pendidikan. baru 2 bulan menjadi tenaga pengajar. itupun sekadar guru ganti.saya amat setuju dengan tulisan cikgu tntg perlunya penerapan disiplin pelajar di kedua2 belah pihak -guru2 dan keluarga-.Seperti dalam kes membuat kerja sekolah. Guru di sekolah marah kerana murid tak buat kerja sekolah di rumah -nnti tak pandai, exam dapat markah rendah-. murid pula kata, ibu bapa mereka di rumah tak marahpun kalau mereka tak buat kerja sekolah, dapat markah rendah dalam peperiksaan. bila ibubapa marah anak2 tak buat kerja sekolah, anak2 kata cikgu tak marah pun dia tak buat kerja sekolah.pertentangan ini pasti mengelirukan murid. saya kira, kedua2 pihak, guru dan ibubapa perlu memainkan peranan dalam pembentukan disiplin pelajar. Dan tentunya perlu dimulakan di rumah kerana anak itu dibesarkan di rumah sejak lahir. usia 5 tahun barulah kenal guru.

Wednesday, March 7, 2007

TIP HADAPI PEPERIKSAAN: PERSIAPAN MENTAL


Persediaan yang rapi harus dilakukan oleh pelajar di ambang peperiksaan. Setelah hampir 6 tahun anda menantinya kini hanya beberapa hari lagi untuk menemuinya. Kekuatan mental harus ada pada diri anda demi untuk menghadapi peperiksaan secara lebih berkeyakinan.


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.Jangan takut pada peperiksaan.Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN

Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan.Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!

akhlak pelajar




akhlak pelajar masa kini amat meruncingkan , tidak boleh ditegur, tidak hormat pada orang tua, suka melawan , suka melepak ,membuang masa, malas belajar dan suka mencuba kepada pekara yang negetif. siapakah yang patut disalahkan? untuk mengatasi masalah ini ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka dengan memberikan pendidikan agama , tidak terlalu memberikan kemewahan pada anak-anak .
Sekiranya masalah ini berterusan , maka rugilah orang Melayu mencari pengganti untuk menjadi pemimpin masa akan datang, justeru itu didiklah anak-anak dengan memberikan ilmu sebagai penyuluh untuk dunia dan akhirat.